
SANDAKAN: PAS Negeri Sabah telah menonjolkan barisan ahli jawatankuasa bagi sesi 2023-2025 yang terdiri dalam kalangan golongan profesionl, ulama dan juga aktivis.
Kepimpinam utama yang diterajui oleh pesuruhjaya, Dr. Aliakbar Gulasan dibantu oleh tiga timbalan pesuruhjaya iaitu Ahmad Dullah, Rapihi Derim dan Dr Mohd Afifi Shaifuddin.
Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Sahar Abdul Majid berkata, keputusan pelantikan jawatankuasa itu dibuat berdasarkan mesyuarat pertama Khamis lalu mengikut peruntukan perlembagaan PAS.
Selain itu, jawatan bendahari dan ketua penerangan masing-masing disandang oleh Abdul Hisham Othman dan Mustaman Mustain.
Kepimpinan dewan-dewan pula diterajui oleh Adsman Jupri (Ulamak), Norsah Bongsu (Muslimat) dan Hendri Hamsah (Pemuda).
Selain itu, PAS Sabah juga turut menampilkan tujuh ahli jawatankuasa iaitu Mat Razali Mat Lazin, Abdul Muien Mohd Nor, Zulzaim Hilmee Abidin, Kasman Karate, Dr. Nafisah Abdul Aziz, Azra Fazirah Sepuan dan Hazirih Jauti.
Tiga penolong setiausaha terdiri daripada Khairul Azlee Mohd Yunus, Syamsul Maarif Suardi dan Aq Mady Hamsi.
Setiausaha PAS negeri, Sahar Abdul Majid berkata, PAS Sabah berkomitmen tinggi untuk menggerakkan politik negeri mengikut konsep adil, prihatin dan berkebajikan. – HARAKAHDAILY 11/11/2023











