Sumbangan rakyat Malaysia bantu Palestin terus bertahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PASRelief meneruskan agihan sumbangan tabung kecemasan Gaza bagi fasa ketujuh bagi membantu penduduk di Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Zionis Israel.

- Advertisement -

Bantuan itu penting bagi membantu penduduk di Gaza yang bermati-matian berjuang mempertahankan tanah air mereka dalam tempoh lebih sebulan.

Menurut PASRelief sehingga sekarang penduduk di Gaza berdepan dengan masalah bekalan air, elektrik dan gas yang masih tiada.

“Alhamdulillah, hasil sumbangan rakyat Malaysia membolehkan PASRelief menyalur sumbangan makanan untuk diagihkan kepada pelarian yang tinggal di sekolah dan rumah.

“Ayuh semua rakyat Malaysia, kita teruskan menyumbang untuk mereka kekal bertahan. Perjuangan kita belum ada titik nokhtahnya. Bumi Palestin masih terus menjadi ratahan Israel,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Sumbangan boleh dihantar melalui:
https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

Atau akaun Maybank 5640-7061-4481 atas nama Tabung Kemanusiaan PASRelief. Maklumat lanjut boleh hubungan Hotline PASRelief
http://www.wasap.my/60175001144/

Sementara itu Perhimpunan Solidariti Untukmu Palestin akan dianjurkan kerajaan Kedah pada 12 November ini bertempat di Stadium Darul Aman.

Perhimpunan serupa juga akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu pada 18 November ini. – HARAKAHDAILY 9/11/2023

- Advertisement -