‘Adik, Israel itu haiwan, tidak faham bahasa diplomasi’

- Advertisement -

SEDIH dengan pemikiran adik-adik Twitter. Kuat layan movie propaganda Barat yang gambarkan perjuangan HAMAS sebagai sebuah keganasan. Padahal negara tersebutlah yang;

1. Benarkan Zionis rampas tanah orang Palestin.
2. Tolak usul gencatan senjata di PBB.
3. Bekalkan bantuan senjata pada Israel.

Adik. Abang nak ingatkan kau satulah. Kalau bukan kerana tok nenek moyang kau angkat senjata lawan penjajah dulu, kau mungkin masih jadi pelarian di negara sendiri. Takkan kau kecap kebebasan di tanah air ini.

Saudara kita di sana dah cuba segala ruang damai. Diplomasi. Bantahan aman. Guna PBB, OIC dan lain-lain.

HAMAS itu sendiri parti politik. As-Syahid Syeikh Ahmas Yassin asaskan untuk tujuan diplomasi dan pendekatan politik.

Cuma mereka tak boleh hadap Israel tanpa kekuatan ketenteraan. Sebab itu mereka bentuk sayap bersenjata. Nama dia Briged al-Qassam.

Kau kena faham dik, Israel takkan benarkan Palestin aman. Mereka takkan setuju penyelesaian dua negara. Mereka tak mahu kewujudan Palestin pun di kawasan tersebut.

Agenda mereka, Greater Israel. Dari Sungai Nil ke Sungai Furat.

Sekarang mereka dah lobi US untuk biaya Mesir, tempatkan orang Gaza di Semenanjung Sinai. Mereka nak tanah itu.

Menteri Pertahanan Israel dah cakap, mereka sanggup gunakan nuklear untuk hancurkan Gaza. Mereka tak kisah kanak-kanak, wanita dan orang tua. Bahkan mereka tak peduli tawanan mereka sendiri mati di sana.

Mereka haiwan dik. Kita bukan berhadapan dengan manusia lagi dik.

Haiwan tak faham bahasa diplomasi dik.

Salam mini love,

ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 7/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -