Disekat peruntukan MP, untuk rakyat jangan dinafikan

- Advertisement -

ADA yang memperlekehkan wakil rakyat pembangkang menyuarakan isu peruntukan di kawasan masing-masing.

Tak mengapa. Kalau kerajaan tak mahu beri kepada kami, biarlah peruntukan itu diletakkan di pejabat daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memudahkan mereka yang ditimpa musibah segera dibantu terutama waktu kritikal. 

Kami sebagai wakil rakyat tetap membantu dengan kemampuan yang ada, walaupun hak mangsa sepatutnya lebih banyak kita boleh beri. 

Hari ini saya bertemu penduduk kampung Alor Pongsu dan Changkat Lobak yang diuji dengan musibah banjir.

Besar sungguh jiwa depa. Walau di wajah terlihat tenang, dalam hati siapa yang tahu.

Ya. Itulah ujian yang perlu dihadapi jika musim banjir tiba. Ramai yang terkesan dan perlu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Alhamdulillah, saya dengan YB Ustaz Sallehuddin Abdullah, ADN Selinsing dapat bertemu mata dengan mereka untuk bertanya khabar dan menggembirakan hati mereka semua.

Sebanyak 20 buah keluarga ditempatkan di PPS Alor Pongsu manakala sebanyak 24 buah keluarga ditempatkan di PPS Changkat Lobak.

Begitu ramai yang terkesan. Rumah mereka dimasuki air dan tidak selamat untuk diduduki buat sementara waktu.

Alhamdulillah, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang terdiri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pihak polis dan anggota RELA.

Depa berkhidmat sepanjang waktu di sini memastikan kebajikan setiap mangsa banjir diuruskan dengan baik.

Semoga Allah S.W.T mengangkat segala musibah banjir ini dan menggantikan setiap yang mereka hilang dengan sesuatu yang lebih baik.

Saya pesan dekat depa supaya banyakkan bersabar dan sentiasa ingat kepada Allah.

Terima kasih kepada YB Ustaz Sallehuddin Abdullah, Ustaz Hanif Karim, Haji Ahmad Moktar, Haji Othman Hashim, Imam Ridzuan, Ustazah Asiah, saudara Wazir dan saudara Shukri kerana turut sama membantu mangsa banjir di sini.

YB DATUK USTAZ IDRIS AHMAD
Ahli Parlimen Bagan Serai – HARAKAHDAILY 4/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -