2 kali runding masih belum dapat peruntukan

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas dua kali PERIKATAN NASIONAL (PN) mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Fadillah Yusof bagi membincangkan isu peruntukan untuk wakil rakyat masih belum jalan penyelesaian.

- Advertisement -

Ketua Whip PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, lebih sekali beliau bermesyuarat dengan TPM 2 yang diberi mandat Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu terbabit.

Bagaimanapun katanya apa yang diminta daripada TPM supaya pihak pembangkang menulis surat kepada mereka sebagai jaminan tertentu.

“Tidak sepatutnya berlaku kerana semasa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan yang tawarkan kepada pembangkang tandatangan MoU disediakan, tak ada masalah.

“Apa pun kenapa pula kita perlu hantar surat untuk memohon dan beri akur janji,” katanya yang juga Setiausaha Agung PAS pada sidang media di ibu pejabat PN di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung PN Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan pimpinan uatama PN.

Sehubungan kata Takiyuddin, Ahli Parlimen pembangkang akan menghentikan permohonan atau rundingan dengan kerajaan bagi mendapatkan peruntukan untuk Pusat Khidmat Parlimen.

Semalam, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu mendapat kepastian daripada Perdana Menteri mengenai peruntukan untuk kawasan parlimennya yang belum diberi sehingga sekarang biarpun rundingan sudah dibuat.

“Adakan kami perlu nyatakan seperti ahli parlimen Kuala Kangsar dan Labuan dengan menulis surat menyatakan sokongan kepada PM untuk membolehkan mendapat peruntukan,” ujarnya di Dewan Rakyat semalam.

Malah Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kassim menanyakan secara tegas sama ada Perdana Menteri akan agih peruntukan kepada pembangkang memandang Anwar sebelum ini memberitahu peruntukan mengenainya sudah ada. – HARAKAHDAILY 3/11/2023

- Advertisement -