
ALOR SETAR: Seramai 187 graduan Akademik Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) menerima Diploma Eksekutif Naqibat (DEN) sempena Majlis Konvokesyen APSA (MKA) kali ketiga, hari ini.
Penganugerah itu melibatkan 12 graduan dari Selangor, Perlis (6), Perak (17), Melaka (20), Kedah (38), Pulau Pinang (29), sementara Sabah dan Pahang masing-masing 35 orang.
Majlis yang diadakan di Dewan Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah turut menyaksikan 22 graduan menerima Diploma Shifa Aisyah (DESA) membabitkan peserta dari Selangor dan Kuala Lumpur.
Acara Istiadat Konvensyen dimulakan kira-kira jam 8.45 pagi dengan perarakan graduan masuk ke dalam dewan sebelum acara rasmi diadakan kira-kira jam 9.00 pagi.
Pemakluman majlis disempurnakan oleh Pengarah MKA-3, Dr Tengku Puteri Aishah Tengku Shazman, manakala pengiyshtiharan pembukaan dilakukan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia sebagai tetamu kehormat, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya.
Penganugerah DEN disampaikan oleh Ahmad, manakala penganugerahan DESA oleh Ketua Pengarah APSA, Dr Wahibah Twahir. – HARAKAHDAILY 28/10/2023











