Melawan propaganda halus Zionis-Israel

- Advertisement -

“MENYOKONG Palestin tidak bermaksud menyokong HAMAS.”

“HAMAS telah buat jenayah perang, menyerang orang awam.”

Pada pandangan aku, dua ayat di atas sangat pelik dan bermasalah.

Pertama, menyokong Palestin bermaksud kita nak aspirasi dan perjuangan orang Palestin tercapai. Apa yang orang Palestin nak? 

Israel dan Zionis berambus dari tanah mereka dan Al Aqsa. Ringkas.

Macam mana nak pastikan benda ini berjaya? Kita kembali kepada dua pilihan yang orang sering gaduh. Jalan damai atau jalan kekerasan.

Jalan damai? Guna PBB? Guna orang tengah? Kalau dah boleh damai, Oslo Accord dah setel lama.

Duduk saja-saja pun kena bom juga. Daripada diam bagaikan binatang ternakan nak disembelih. Lebih baik melawan. Maka melawan adalah cara orang Palestin untuk capai aspirasi mereka.

Kedua, siapa yang nak bantu mereka capai? Sepatutnya dunialah yang bantu. Sebab Israel negara haram. Sepatutnya Palestin yang jadi negara yang sah.

Tapi dunia pun diam, Majlis Keselamatan PBB tak berfungsi. Asyik kena veto. ICJ tak boleh harap.

Baik, jadi selain dunia, negara Islamlah yang paling boleh bantu. Dulu dah berlaku perang Arab – Israel. Gagal sebab banyak kelemahan dan Israel pula dibackup bos besar.

Kebanyakan negara Islam sekarang, berpecah dan lemah. Yang ada kuasa ekonomi bolehlah ugut nak sekat eksport minyak dan sebagainya. 

Yang boleh bekalkan senjata, bekalkan latihan dan aset macam Syria pernah buat, macam Iran tengah buat sekarang.

Yang bersolidariti dan tidak normalisasikan, maka kekal berjuang dengan kemampuan macam Malaysia.

Yang macam haram, pergi berbaik dengan Israel macam Mesir, Sudan, Morocco, UAE.

Orang Palestin kekal dibom setiap hari.

Maka orang Palestin nak harap pada siapa sementara dibom?

Diri sendiri sajalah!

Siapa mereka? Pemimpin Palestinlah.

Siapa pemimpin Palestin? Di Gaza HAMAS sebab menang pilihan raya 2007 dulu.

Di Tebing Barat, Fatah. Nak harap dekat Fatah? Cuba tanya apa hasil Fatah buat setelah puluhan tahun guna cara sama.

Jadi siapa yang boleh capai aspirasi penduduk Palestin untuk masa sekarang?

HAMAS.

Orang Palestin ada maruah. Mereka bukan lembu berhak dibunuh kemudian datang kita mengecam mereka kononnya mereka buat jenayah perang.

Apakah pendatang haram yang sengaja memilih untuk datang tinggal di tanah hak milik Palestin layak mendapat status ‘orang awam’? 

Kebanyakan mereka ini ada kewarganegaraan dua. Kenapa sibuk-sibuk nak datang Palestin? Taraf mereka ini sepatutnya sama sahaja dengan pasukan penjajah Zionis itu.

Bila orang Palestin berjuang melawan penjajahan. Ramai pula orang Islam kita termakan dengan permainan media Zionis dan panggil pejuang Palestin sebagai pengganas!

Kesian, cetek, dangkal, apologetik, dan Zionis ‘enabler’!

Masih berlambak lagi orang Islam pakai falasi yang sama dalam berfikir. Jadi, penerangan perlu terus dibuat.

TAMAR JAYA
Projek Anak Muda Islam – HARAKAHDAILY 26/10/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02SuD6NifqZNTprWBT5etcim4hp8zcqaY1jJUrwDRSnGYpqjEqhzdtPwKYsS9r7ATnl&id=100064377081728&mibextid=Nif5oz 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -