Hutang Harakah, kau nak tahu sangat kan?

- Advertisement -

ORANG PH sindir PAS, ruh tergantung kalau hutang tak bayar. Konon nak bagitahu Harakah tak bayar hutang pencetak. Sindir mereka lagi, pimpinan PAS yang pakai kereta mewah itu, juallah kereta, harta masing-masing sebab wajib bayar hutang. Kan sekarang sudah kaya. Gembira sungguh ayat mereka. 

Alhamdulillah terima kasih atas ingatan. Cuma nak maklum, kes itu masih dalam mahkamah. Jadi kena tunggu keputusan mahkamahlah. Syarikat itu pun dah tutup. Habis nak bayar kat siapa? Bayar kat engkau ke walanon

Ok habis bab itu. Sekarang ini, orang PAS nak tanya pula, hutang orang PH masa jadi calon, guna duit ahli PAS dulu, bayar tak lagi? Rasanya nilai dia lebih rendah dari nilai hutang Harakah itu. Deposit calon yang kalah, tapi tak bagi balik kat PAS itu semua? Takkan tak boleh bayar, kan? 

Ingat, nanti ruh tergantung sebab hutang. Tambah lagi kes itu tak masuk mana-mana mahkamah. Hanya perlu bayar balik saja duit deposit, duit kempen dan lain-lain. Orang PAS tak caj bunga sebab riba haram. PAS nak semula modal saja. Kalau tak mampu bayar, juallah helikopter, Jaguar atau jam Omega itu. Mana boleh hidup mewah, hutang tak bayar.

PAS sampai sekarang masih wujud lagi, bukan macam syarikat percetakan yang dah tutup itu. Kes inipun bukan kes mahkamah, bila-bila saja boleh bayar. Pergi ke Pejabat Agung PAS pun Ok, kita oleh bincang. 

Hutang itu sejak tahun 1999, 25 tahun dulu. Masa itu harga minyak RM1.50 kut, rendah sangat lagi. Tapi RM berbanding USD dekat nak sama dengan nilai macam sekarang RM4.78. Maklumlah Menteri Kewangan, orang yang sama sebelum kena pecat.

Ada lagi hutang PH dengan PAS. Hutang Pusat guna duit royalti Terengganu untuk LPT2 masih tak bayar RM1 bilion lebih. Hutang bayaran royalti tahunan masih tak dapat sepenuhnya untuk Terengganu dan Kelantan, walaupun tak pernah berhenti sedut minyak kita. Tapi hutang Kerajaan Negeri kepada Pusat, kita langsaikan mengikut jadual.

Eh, yang buat hutang untuk LPT2 itu Umno bukan PH. Ya betul, tapi kau dah bersekedudukan dengan dia sekarangkan? Dah nikah janda itu kenalah ambil juga anak dia, takkan zalim sangat nak buang anak. Satu lagi, hutang Kerajaan Negeri Terengganu itu pun, Umno yang buat. Tapi PAS bayar saja.

Kalau PH tak nak bayar hutang LPT2 kepada Terengganu sebab katanya bukan PH yang buat hutang, sila hapuskan bayaran balik hutang Negeri Terengganu sekarang kepada Pusat. Sebab bukan PAS yang buat hutang, tapi Umno. 

MOHD NASIR ABDULLAH
26 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 26/10/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -