
KOTA BHARU: Tindakan ganas Zionis Israel memgakibatkan 12 hospital dan 32 pusat kesihatan di Gaza tidak dapat beroperasi kerana kekurangan bahan api.
Pengarah i-Relief and Humanitarian Outreach, Johan Ariff Ismail berkata,
Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNRWA) di Tebing Barat menyediakan 150 kemudahan tempat perlindungan kepada 600,000 pelarian.
Bagaimanapun katanya serangan ganas Zionis Israel menyebabkan berlaku kemusnahan dan korban di pusat kemudahan UNWRA.
“Akibat serangan itu ramai kakitangan UNRWA terkorban, 18 cedera dan 40 struktur bangunan rosak.
“Kita melahirkan rasa kesal dan sedih terhadap kejadian tidak berperikemanusiaan itu,” katanya di sini.
Sejak serangan ganas rejim Zionis Israel di bumi Gaza lebih dua minggu lepas seramai 5,087 rakyat Palestin terbunuh. Jumlah berkenaan termasuk 2,055 kanak-kanak dan 1,119 wanita.
Johan berkata, berdasar maklumat terbaru seramai 15,273 rakyat Palestin cedera.
Menurutnya juga maklumat pegawai Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, jumlah kematian dan kecederaan terus meningkat.
Sehubungan itu i-Relief Malaysia akan terus mengedarkan pek makanan siap dan kit hygine mengikut jadual yang ditetapkan di beberapa lokasi termasuk Sekolah UNRWA di Khan Younis dan Beit Hanoun. – HARAKAHDAILY 25/10/2023











