Peruntukan bantuan warga emas Padang Rengas menurun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) meminta kerajaan memberikan perbandingan jumlah bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada warga emas pada tahun 2022 dan tahun ini.

Beliau turut ingin tahu jumlah penerima bantuan secara terperinci oleh JKM kepada penduduk d kawasan Padang Rengas yang diwakilinya.

- Advertisement -

“Saya juga meminta komitmen kerajaan terhadap penggubalan akta khusus seperti Akta Warga Emas dan Akta Profesion Kerja Sosial untuk memastikan perlindungan menyeluruh kepada golongan rentan demi menjamin kelangsungan warga emas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertanyakan soalan tambahan pada Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu, memberitahu bahawa seramai 1,368 penduduk kawasan Padang Rengas menerima bantuan JKM dengan peruntukan sebanyak RM6.4 juta pada tahun 2022.

“Pada 2023 pula, seramai 1,386 orang menerima bantuan JKM dengan peruntukan RM5.4 juta,” katanya.

Beliau juga menyatakan komitmen kerajaan untuk membawa dua akta berkenaan ke Dewan Rakyat, tahun hadapan. – HARAKAHDAILY 23/10/2023

- Advertisement -