JK Harian Dewan Muslimat PAS sesi 2023-2025 dibentuk

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat telah diadakan pada hari ini.

- Advertisement -

Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, mesyuarat itu telah membuat cadangan beberapa jawatan utama dalam Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Pusat dan telah dipersetujui oleh ahli-ahli mesyuarat.

Menurutnya, senarai lantikan tersebut ialah Dr Nurul Hani Ali sebagai setiausaha, Mardhiah Hayati (bendahari), Norazlin Md Shamsudin (pengarah pilihan raya), Dr Najihatussalehah Ahmad (ketua penerangan) dan Wan Hasrina Wan Hassan (pengarah strategik dan pengurusan risiko)

“Manakala pelantikan jawatan-jawatan lain bagi sesi 2023-2025 akan disempurnakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat yang akan dating,” ujarnya dalam kenyataan, malam ini.

Pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ke-63 di IDCC, 19 Oktober lalu, beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua dewan itu bagi sesi 2023-2025. selepas menang tanpa bertanding.

Turut menang tanpa bertanding ialah Dr Rosni Adam dan Salamiah Mohd Nor untuk jawatan timbalan dan naib ketua. – HARAKAHDAILY 22/10/2023

- Advertisement -