
SHAH ALAM: Istilah ana, anta dan antum menarik perhatian pemimpin, perwakilan dan pemerhati yang hadir pada muktamar PAS di IDCC, hari ini.
Malah ramai yang gelak kerana istilah itu bukan disebut perwakilan mewakili kawasan, sebaliknya wakil Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).
Wakil DHPP, BK Kumaresan menggantikan perkataan ana sebagai mewakili dirinya dan anta bagi menggambarkan pihak lain.
Malah beliau juga menyebut perkataan antum. Istilah itu jarang didengari mereka yang berada di luar PAS termasuk wartawan yang sering membuat liputan di premis PAS.
Kumaresan yang juga Pengerusi DHPP Kedah pada peringkat awal berucap membahas ucapan dasar presiden menyebut maksud ayat al-Quran.
Istilah tersebut kemudian disambut Timbalan Pengerusi Tetap, Ustaz Kamal Ashaari dengan menyebut pembahas ‘ana dan anta’.
Malah kata Kumaresan pihak yang menentang perjuangan Islam lebih baik dihantar ke Israel. – HARAKAHDAILY 21/10/2023











