Doa wehdah tanda menentang kezaliman Zionis

- Advertisement -

SHAH ALAM: Bacaan doa wehdah memanaskan majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-69 di Dewan Ideal Cenvention Centre (IDCC) di sini, hari ini.

- Advertisement -

Bacaan doa wehdah diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Noor yang bergerak dari belakang ke hadapan pentas diiringi anggota-anggota Jabatan Amal.

Semua perwakilan termasuk Jawatankuasa PAS Pusat turut berdiri sambil membaca beramai-ramai doa wehdah sebagai tanda menentang kekejaman rejim Zionis Israel yang sedang membantai rakyat Palestin di Gaza.

Semua hadirin turut mengangkat mafla Selamatkan Palestin sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi terhadap pembelaan rakyat Palestin.

Sebelum itu, bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan oleh Dr Mohd Zamri Mohd Zainuddin.

Pada Jumaat lepas diadakan perhimpunan aman di seluruh negara termasuk di Masjid Negara sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin yang berdepan kezaliman tanpa perikemanusiaan rejim haram Zionis Israel. – HARAKAHDAILY 20/10/23

- Advertisement -