
SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 menganugerahkan Tokoh Istiqamah kepada empat pemimpin veteran parti itu yang kekal berjuang sehingga sekarang dan akhir hayat.
Tokoh terbabit iaitu Allahyarham Dr Abd Rani Osman, Ustaz Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Tuan Guru Jaliluddin Abdul Wahid dan Ustazah Hamidah Abdul Mutalib (foto atas).
Kesemua anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang diterima oleh penerima sementara Allahyarham Dr Abd Rani Osman diwakili oleh balunya, Afidah Hanum.
Allahyarham Dr Abd Rani pula pernah menjawat Yang Dipertua PAS Kapar dan Pesuruhjaya PAS Selangor 2011 hingga 2013.
Tuan Guru Jaliluddin masih bersemangat walaupun agak uzur sehingga terpaksa menaiki kerusi roda ketika menaiki pentas menerima anugerah terbabit.
Dr Mahfodz kini memegang amanah sebagai Pengerusi Sidang As Sabiqun sementara Tuan Guru Jaliluddin pernah diamanahkan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka dan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri.
Malah beliau merupakan pesuruhjaya paling lama memegang jawatan itu di Melaka setakat ini. – HARAKAHDAILY 20/10/2023











