
SHAH ALAM: Kajian dalam talian oleh media tempatan mendedahkan kecenderungan anak muda memilih PERIKATAN NASIONAL masih tinggi iaitu sebanyak 63 peratus.
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata malah separuh daripada gelombang anak muda yang memilih PERIKATAN NASIONAL adalah kalangan wanita muda.
“DMPM sangat terharu dan bersyukur dengan arus perubahan golongan muda yang telah memberikan undi kepada PAS dan PN.
“Peranan golonfan muda yang berjaya membawa kebenaran seperti kisah ashabul ukhdud, ashabul kahfi dan pemuda dalam rehlah Nabi Musa ‘alaihisalam,” katanya dalam ucaptama Muktamar DMPM kali ke-63 di IDCC, dekat sini malam ini.
Tambah Nuridah, perbezaan usia dalam kalangan kepimpinan Muslimat PAS tidak menjadi penghalang untuk muslimat muda untuk terlibat sama dalam agenda penyatuan ummah.
Katanya, ini terbukti dengan kehadiran ramai anak muda yang terlibat secara langsung dalam badan-badan pertubuhan dewan itu antaranya Ameerah, Nusaibah dan Briged Muslimat.
“Muslimat muda juga diberikan kepercayaan untuk menjadi calon dan meraih kemenangan di peringkat parlimen dan Dun hasil gelombang kesedaran pengundi muda.
“Gelombang ini perlu terus dikekalkan serta ditambah baik, pelbagaikan lgi pendekatan bagi meningkatkan lagi sokongan dan minat anak muda kepada PAS dan PERIKATAN NASIONAL sehingga PRU-16 nanti,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/10/2023











