
BAITULMAQDIS: Tentera Israel pada hari ini, Jumaat (13 Okt) mengarahkan pemindahan dalam tempoh 24 jam penduduk di utara Gaza, wilayah yang menempatkan 1.1 juta populasi, kira-kira separuh daripada penduduk wilayah itu, ke selatan Gaza.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ia boleh menandakan serangan darat yang akan berlaku, walaupun tentera Israel masih belum mengesahkan perkara itu, namun, semalam, ia berkata bahawa semasa persiapan sedang dibuat, namun keputusan masih belum dicapai.
Arahan Israel itu, yang dihantar kepada PBB, dibuat ketika Israel melancarkan serangan berterusan terhadap pejuang Hamas, lapor AP.
Jurucakap PBB, Stéphane Dujarric menyebut perintah itu sebagai “mustahil” tanpa “akibat kemanusiaan yang memusnahkan.”
Terdahulu, tentera Israel telah menghancurkan Semenanjung Gaza dengan serangan udara, dan kini bersedia untuk kemungkinan pencerobohan darat dan berkata pengepungan sepenuhnya wilayah itu – yang menyebabkan rakyat Palestin terdesak untuk mendapatkan makanan, bahan api dan ubat – akan kekal di tempat sehingga pejuang Hamas membebaskan kira-kira 150 tebusan yang diculik pada 6 Okt lalu.

Lawatan oleh Setiausaha Negara Antony Blinken, bersama dengan penghantaran senjata A.S., menawarkan lampu hijau yang kuat kepada Israel untuk meneruskan tindakan balasnya di Gaza selepas serangan maut Hamas ke atas orang awam dan tentera Israel, walaupun kumpulan bantuan antarabangsa memberi amaran ia menhadikan krisis kemanusiaan akan semakin teruk.
Israel juga telah menghentikan penghantaran keperluan asas dan elektrik kepada 2.3 juta penduduk Gaza dan menghalang kemasukan bekalan dari Mesir.
“Tiada satu suis elektrik pun akan dihidupkan, tiada satu pili pun akan dihidupkan dan tiada satu trak bahan api pun akan masuk sehingga tebusan Israel dipulangkan,” kata Menteri Tenaga Israel Israel, Katz di media sosial.
Terdahulu, Lt. Kol. Richard Hecht, jurucakap tentera Israel, memberitahu wartawan pada Khamis bahawa pasukannya sedang bersiap untuk serangan dara ’sekiranya pemimpin politik Israel mengeluarkan perintah.
Serangan darat di Gaza yang diperintah oleh Hamas, lokasi di mana penduduk padat dalam hanya 40 kilometer (25 batu) panjang, mungkin akan membawa korban yang lebih tinggi di kedua-dua belah pihak.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Palestin melalui WhatsApp daripada Pengurus Muslim Care Malaysia-Palestin di Gaza, Ahmed Abu Ayesh , mengeluarkan data angka kematian penduduk Gaza berakhir pada jam 2 petang semalam, Khamis (12 Ogos), yang menyaksikan 1,417 nyawa orang awam terkorban dan 6,268 yang lain mengalami kecederaan. – HARAKAHDAILY 13/10/2023




















