Gaza sedang dilenyapkan Zionis Israel

Kemusnahan teruk dirakam di bandar Gaza pada hari ini, 11 Okt 2023. (FOTO: ANAS AL SHARIF)
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Dalam masa beberapa jam lagi, Semenanjung Gaza akan terpencil dari dunia luar, sepenuhnya tanpa elektrik, air, makanan, dan bahan api.

Pengurus Muslim Care Malaysia-Palestin, Ahmed Abu Ayesh berkata pada lewat petang hari ini (11 Okt) melalui WhatsApp berkata: “Maksimum (sepenuhnya), esok pagi tiada lagi (bekalan) air mahupun elektrik (di Gaza).”

- Advertisement -

“Mohon beritahu kepada satu dunia, sewaktu kamu semua sedang minum air, ingatlah kami.”

Beliau juga memaklumkan bahawa penempatan Khan Younis sedang dimusnahkan oleh serangan Israel laknatullah.

“Seluruh kejiranan Khan Younis disasarkan sepuluh serangan (udara) dan sejumlah besar letupan,” katanya.

Tambahnya, bantuan makanan dan wang tidak lagi mencukupi, kerana bumi Palestin kini sedang menghadapi penghapusan etnik oleh Zionis Israel.

“Disebabkan siri letupan yang berterusan, saya merasakan inilah Hari Kiamat. Gaza sedang dilenyapkan,” katanya.HARAKAHDAILY 11/10/2023

- Advertisement -