Kawasan catat IPU tidak sihat meningkat kepada 16

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jumlah kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat meningkat kepada 16, merangkumi sembilan negeri setakat 9 pagi ini.

- Advertisement -

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan Cheras di ibu kota merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 164, diikuti Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan yang masing-masing mencatat bacaan pada tahap 163 dan 158.

Bacaan IPU kategori tidak sihat juga dilaporkan di kawasan Putrajaya pada tahap 156; Petaling Jaya, Shah Alam dan Banting di Selangor (157); Port Dickson di Negeri Sembilan (156); selain tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap 153 iaitu Bukit Rambai di Melaka; Batu Muda, Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor.

Turut mencatat bacaan IPU melebihi 100 ialah Klang, Selangor (152); Alor Gajah, Melaka (138); Taiping, Perak (137); Seberang Jaya, Pulau Pinang (107) dan Tangkak, Johor (104).

Sementara itu, 45 stesen APIMS di seluruh negara mencatat bacaan IPU sederhana, manakala tujuh stesen lagi merekodkan bacaan baik. – BERNAMA

- Advertisement -