Terengganu perkasakan bidang dakwah

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan memperkasakan bidang dakwah kepada rakyat secara lebih menyeluruh dengan menyentuh semua segmen masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, segmen itu akan diperluaskan kepada golongan wanita.

- Advertisement -

Selain itu, katanya ia melibatkan anak-anak muda, belia, masyarakat bukan Islam dan pelbagai lagi.

“Ada pun dari sudut pemerkasaan syariah banyak perkara yang berkait dengan isu teknikal dan perlu dirujuk oleh Enakmen Jenayah Syariah Islam itu sendiri.

“Dari sudut teori dan bagaimanakah pelaksanaannya, itu yang perlu kita tingkatkan dan perkasakan lagi,” katanya pada temubual bersama Urusetia Penerangan Darul Imam (UPDI), baru-baru ini.

Menurutnya juga selepas pembentangan bajet negeri 2024 akan dirancang program-program berdasar kesesuaiannya.

Kata beliau, sebahagiannya akan diteruskan apa yang sudah dimulakan Exco pada penggal lepas khususnya berkaitan jawatankuasa penerangan dan dakwah.

Dr Muhammad Khalil juga berkata, dari segi perancangan dalam tempoh empat bulan tahun ini akan diteruskan program-program yang telah diatur Exco sebelum ini dan akan perlengkapkan lagi. – HARAKAHDAILY 7/9/2023

- Advertisement -