Messi, Haaland, Mbappe calon Ballon d’Or

- Advertisement -

Penyerang Argentina, Lionel Messi adalah antara calon untuk trofi Ballon d’Or yang diumumkan oleh penganjur majalah France Football, semalam.

Pemenang tujuh kali Messi, yang bermain untuk Inter Miami, mengetuai Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar pada Disember lalu, kemenangan pertama negara Amerika Selatan itu sejak 1986.

- Advertisement -

Pemain Portugal, Cristiano Ronaldo, yang memenangi anugerah itu lima kali, tidak menerima pencalonan buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

Penyerang Manchester City, Erling Haaland, yang memenangi anugerah UEFA untuk pemain lelaki terbaik musim lalu, dan penyerang Paris St Germain, Kylian Mbappe turut berada dalam senarai pendek.

Alexia Putellas dari Barcelona, ​​yang memenangi anugerah wanita sejak dua tahun lalu, tidak dicalonkan.

Dua permain Chelsea, Sam Kerr dan Millie Bright adalah antara 30 calon wanita, bersama-sama Aitana Bonmati dari Barcelona ​​yang membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia bulan lalu.

Anugerah untuk pemain lelaki dan wanita terbaik dunia akan disampaikan pada 30 Oktober depan. – REUTERS

- Advertisement -