Calon PN Parlimen Pulai dapat sambutan penduduk

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) pda Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai tetap bersemangat meneruskan gerak kerja kempen dengan mendekati pengundi biarpun tempoh kempen berbaki empat hari lagi.

- Advertisement -

Zulkifli Jaafar berkata, beliau dan petugas kempen PN dari Bersatu, PAS dan Gerakan menggunakan tempoh kempen yang berbaki dengan mendekati setiap pengundi.

Katanya suasana kempen menjadi lebih rancak sekarang kerana masa berkempen masih singkat.

“Selain menyantuni setiap pengundi, saya dan petugas tidak melepaskan peluang mendekati anak-anak muda yang sedang bersukan.

“Insya-Allah Sabtu ini mereka akan keluar mengundi bagi memastikan PN menjadi pilihan rakyat Johor,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Pulai yang diadakan serentak dengan DUN Simpang Jeram diadakan pada 9 September sementara pengundian awal 5 September.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.– HARAKAHDAILY 4/9/2023

- Advertisement -