
KEGUSARAN makin membuak-buak di kalangan orang Melayu yang kerajaan sekarang akan ubah sistem persempadanan kerana ada kuasa dua pertiga Dewan Rakyat. Memang ada asasnya sebab di sana sini, orang Cina bercakap pasal persempadanan semula untuk mencapai konsep ‘1 man 1 vote’, yang merugikan Melayu.
Saya pula selama ini lebih kepada menukar sistem pilihan raya. Sekarang kita menggunakan sistem first past the post (FPTP) yang diwarisi daripada penjajah. Saya cadangkan ubah FPTP kepada Instant Runoffs Ranked Choice Voting (IR-RCV). Rasionalnya ialah IR-RCV mengekalkan kawasan Parlimen dan DUN seperti sedia ada, maknanya tak perlu mengubah Perlembagaan. IR-RCV membolehkan setiap orang memilih lebih daripada 1 calon seterusnya mengelakkan pecah undi (wasted vote). Australia, New Zealand and negeri-negeri Amerika Syarikat menggunakan sistem ini. Tapi, pendapat saya berubah selepas Pilihan Raya 6 Negeri 2023.
Tapi perubahan fikiran ini umpama qaul qadim dan qaul jadid. Imam Syafi’i di Madinah, Yaman dan Iraq, himpunkan pendapatnya dalam kitab Al-Hujjah. Di hayat kemudian, Imam Syafi’i tinggal di Mesir dan himpunkan pendapat baru dalam kitab Al-Umm. Pendapat lama digelar qaul qadim, pendapat kemudian digelar qaul jadid. Qaul qadim tak hapuskan qaul jadid. Ia hanya 2 set pemikiran untuk 2 keadaan berbeza.
Saya jelaskan pendapat baru saya. Pertama, isu persempadanan sebenarnya bukan antara Melayu dengan bukan-Melayu, tapi rundingan antara Melayu dan Cina saja. Orang India, dan kaum minoriti lain hanya mengikut siapa yang menang. Nak runding dengan Cina, kena faham fikiran Cina. Sel-sel otak Cina berfungsi ikut untung rugi.
Misalnya,
1. FPTP sekarang pecahkan undi Melayu. Ini untungkan Cina.
2. IR-RCV elakkan undi Melayu berpecah; lalu rugikan Cina.
3. Akta Dana Politik walaupun ada di negara-negara lain, ia mewajibkan tauke-tauke yang derma kepada Pakatan Harapan untuk mendedahkan nama dan jumlah derma politik. Kantoilah! Ini merugikan Cina.
4. Persempadanan yang melebihkan kawasan Parlimen luar bandar, rugikan Cina.
Oleh itu, orang Cina mendiamkan pasal Akta Dana Politik dan IR-RCV kerana merugikan mereka. Mereka bising-bising pasal persempadanan semula dan ubah sistem pilihan raya kepada Proportional Representation (PR) kerana akan untungkan mereka.
Asas berunding dengan Cina ialah ‘Beri benda yang untungkan Cina, sebagai balasan, Cina terima benda yang rugikan mereka’.
Untung rugi ini ada blind spot yang Cina tak perasan. Untung ada 2 jenis iaitu untung sekarang dan untung masa depan. Sebagai kaum yang suka berjudi, Cina suka untung masa depan. Ia juga dipanggil harapan. Sebab itu, Cina cipta parti Pakatan Harapan.
Orang Cina, melalui kerajaan sekarang boleh ubah Perlembagaan, boleh ubah sempadan pilihan raya. Kawasan seimbang antara bandar dan luar bandar, sebenarnya untungkan bandar saja kerana penduduk yang padat boleh dipecahkan ke seberapa banyak kawasan. Penempatan bandar berkaitan dengan kekayaan dan pembelian hartanah, sesuatu yang Melayu tak mungkin menang hingga kiamat.
Bagi menghentikan inisiatif persempadanan semula, Melayu perlu tawarkan kepada Cina untuk ubah sistem pilihan raya daripada FPTP kepada PR, kerana mereka suka bising-bising pasal PR.
Kita cadangkan kepada Cina untuk ubah pemilihan wakil Dewan Negara (Senator) kepada Proportional Representation (PR). Setiap negeri boleh pilih 2 senator, ini dikekalkan bagi menghormati Federalisme. Selain daripada wakil negeri, semua Ahli Dewan Negara mesti dipilih melalui sistem PR. Sistem PR ialah bilangan wakil mengikut pecahan undi popular.
Selepas bertolak ansur untuk PR dalam Dewan Negara, kita minta gubal Akta Dana Politik dan Akta Subsidi Parti Politik, yang menguntungkan Melayu.
Kemudian, kita beritahu Cina yang mereka tak perlu buat persempadanan semula kerana kita akan membincangkan untuk ubah FPTP kepada PR dalam wakil Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, ini hanya dibuat pada masa akan datang selepas rakyat dah biasa dengan PR untuk Dewan Negara.
Perkiraan adalah begini:
Kita buat Cina menyangka:
1. Untung 1: Proportional Representation untuk Dewan Negara.
2. Rugi 1: Akta Dana Politik atau Akta Subsidi Parti Politik.
Di sini, Cina menyangka mereka ‘break even’ (Tak rugi).
3. Untung 2: Pada masa depan, Melayu janji akan ‘bincang’ untuk tukar FPTP kepada PR.
4. Rugi 2: Tidak buat persempadanan semula sekarang.
Di sini, Cina menyangka mereka ‘break even’ (Tak rugi).
Walaupun di point (3), seolah-olah Cina untung, tapi itu belum berlaku lagi. Ia hanya akan dilaksanakan selepas PR berjaya dieksperimen ke Dewan Negara pada Pilihan Raya Umum ke-16.
Pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti, apabila Melayu menang lebih banyak kerusi, kita boleh kekalkan FPTP dengan sempadan sedia ada, atau ubah FPTP kepada IR-RCV dengan sempadan sedia ada.
Satu lagi, kena ingat, Proportional Representation ada beberapa jenis seperti Closed List, Open List, Single Transferable Vote (STV) dan lain-lain. Oleh sebab ia ikut undi popular, kita tak kalah kepada undi Sarawak atau undi bandar. Parti politik Melayu boleh dapat sekurang-kurangnya 50 peratus kerusi. Ini jauh lebih selamat daripada FPTP dengan sistem lokaliti yang persempadanan memperbanyak kerusi bandar.
Kita patut ambil kesempatan untuk mencadangkan tadi sewaktu orang Cina masih hangat bercakap pasal Proportional Representation!
HEZRI SARDI – HARAKAHDAILY 29/8/2023
Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Z9kiDNvBjia56TwwBbx25NAJCJrkckZg9y95cJWHupHZ9tM8oYbpEPLc5L2KjacPl&id=100003684976986&mibextid=Nif5oz
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











