Kaji semula notis singkat pertukaran guru KAFA JAIS

Mohd Yusof Abdullah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertukaran atas nama ‘penstrukturan’ penempatan guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tanpa mengambil kira kesesuaian masa serta notis singkat merupakan keputusan paling tidak bijak agensi seperti JAIS.

- Advertisement -

Setiausaha UMMAH Selangor, Mohd Yusof Abdullah berkata, ia menimbulkan persoalan dan tanda tanya tentang profesionalisma pihak yang berkenaan.

Ini, ujarnya kerana keputusan berkenaan bukan sahaja mengejutkan tetapi mengandungi unsur tekanan bagi menjejas emosi para pendidik.

Menurutnya, situasi pertukaran dari satu daerah yang jauh memberikan kesan ekonomi, pertukaran sekolah anak-anak dan meninggalkan tekanan emosi.

“Sebagai agensi yang terlibat terhadap pendidikan, isu pertukaran dengan notis singkat mencerminkan sifat tidak cakna dan bertujuan menguji kesetiaan guru-guru tidak pada tempatnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya UMMAH Selangor menuntut agar dikaji semula keputusan pelik itu dan memberikan masa yang bersesuaian untuk keputusan itu dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 27/8/2023

- Advertisement -