Rakyat mulai sedar kepincangan Selangor di bawah PH

- Advertisement -

SHAH ALAM: Isu kekayaan negeri Selangor berpindah kepada puak-puak tertentu mulai disedari rakyat negeri itu.

- Advertisement -

Ia termasuk mengenai projek pembersihan Sungai Klang bernilai RM700 juta yang didakwa diberi kepada sebuah syarikat tanpa melalui proses tender terbuka.

Selain itu isu pencerobohan hutan simpan menjadi antara isu utama yang berligar di bawah kepimpinan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Setiausaha PERIKATAN NASIONAL (PN) Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengurus Selangor menyebabkan rakyat mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PH.

Katanya, pelbagai masalah yang berlaku di Selangor sekarang menyebabkan semakin sedar isu yang membelit PH sekarang.

“Antaranya pencemaran sungai, sistem pengurusan bahan buangan logistik yang lemah, dan kemunculan kilang haram yang semakin menjadi-jadi,” katanya pada sidang media PN di Bilik Gerakan Utama PN Selangor Emira Residences & Urban Retail hari ini.

Turut hadir Pengerusi PN Selayang Datuk Azman Yaakob dan Setiausaha PN bahagian berkenaan Chong Hak Beang.

Roslan juga berkata, pencerobohan hutan simpan turut menjadi antara isu yang menjejaskan sokongan rakyat terhadap PH dan Barisan Nasional (BN) di Selangor pada pilihan raya kali ini.

Menurutnya juga tawaran PN bersifat realistik diterima baik rakyat Selangor bagi memacukan negeri itu ke arah lebih baik, stabil dan bersih. – HARAKAHDAILY 10/8/2023

- Advertisement -