
KEMPEN pilihan raya yang hari ini masuk hari ke 13 dilihat semakin hangat. Baki akhir hari-hari kempen ini menyaksikan PH-BN melemparkan motif fitnah dan tuduhan kasar dengan menaikkan banner yang berupa provokasi di beberapa lokasi di Selangor.
PN Selangor kesal dengan perihal kempen PH-BN yang sengaja menaikkan sentimen provokasi dengan banner yang menyamakan PERIKATAN NASIONAL (PAS) dengan ‘masuk syurga’.
Laungan deras tatakelola yang diperjuangkan PH-BN selama ini sekali lagi hanya retorik yang tiada penghujung dan dilihat terdesak dalam mempertahankan kemenangan di Selangor.
Ini mungkin disebabkan oleh kajian terkini yang dibuat menunjukkan sokongan Melayu dan India meningkat untuk mengundi PN pada 12 Ogos nanti.
Ayuh rakyat Selangor kita bangkit untuk keluar mengundi dan memberi undi kita kepada PN dan kita tumbangkan PH-BN yang cakap tidak serupa bikin ini.
AFIQ KHAZAR
Pengarah Penerangan PERIKATAN NASIONAL Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 10/8/2023











