`Air’ Fukushima dilepaskan seawal akhir Ogos

- Advertisement -

TOKYO: Jepun merancang untuk mula melepaskan air radioaktif terawat dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang musnah dalam bencana tsunami ke lautan, seawal akhir Ogos ini.

- Advertisement -

Menurut laporan akhbar harian Jepun, Asahi Shimbun, hari ini, pelepasan itu mungkin akan dibuat sejurus selepas Perdana Menteri, Fumio Kishida bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol di AS, minggu depan dan menerangkan kepada mereka mengenai keselamatan air berkenaan.

Pengawal selia nuklear Jepun, bulan lepas memberikan kelulusan kepada pengendali loji, Tokyo Electric Power untuk mula melepaskan air yang Jepun dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dakwa selamat, tetapi negara berhampiran bimbang mungkin mencemari makanan.

Musim menangkap ikan dijadualkan bermula di Fukushima, timur laut Tokyo pada September dan kerajaan menyasarkan untuk memulakan pelepasan air sebelum musim itu bermula. – REUTERS

- Advertisement -