
PERDANA Menteri ke-10 (PMX) ni tak habis-habis claim kerja orang. Ada ke patut dia kata pelaburan syarikat Infineon ni selaras dengan gagasan ekonomi madani dia.
Come on lah, Sanusi dah start bincang dengan Infineon dari 18 Februari 2022 kut. Masa itu PMX masih berangan-angan nak jadi Perdana Menteri lagi.
Paling kurang, berilah kredit kepada Menteri Besar Kedah dan team dia yang bertungkus lumus membawa pelaburan ni masuk.
Yang aku geram ni bukan kali pertama PMX claim kerja orang. Amazon Data Center, yang dibawa masuk oleh Tan Sri Muhyiddin pun masuk dalam senarai kejayaan kerajaan madani juga.
Teringat peribahasa, ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’.
Bila Menteri Ekonomi kau hanya pandai berteori ekonomi, kau terpaksa claim kerja orang lain sajalah. Aihhh… tak sabar tunggu debat Rafizi vs Syahir Sulaiman.
Tapi kan, sebenarnya PN pun tumpang bangga bila semua projek PN, berjaya di’claim‘ oleh PMX.
Kalau,
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan,
Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan,
Tun Hussien Onn Bapa Perpaduan,
Tun Mahathir Bapa Permodenan,
Tun Abdullah Badawi Bapa Pembangunan Modal Insan,
DS Najib Razak Bapa Transformasi Negara,
PMX Bapa Claim Kerja Orang.
Kan hebat tu!
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 5/8/2023
Sumber Asal: https://www.facebook.com/650875906/posts/pfbid02zsYsy4VGZX36TdfKmqDVFpRgzauftvtWJSMxqTQh93sQhik18LEmeUzvgRVoHDBul/?mibextid=cr9u03
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











