Makin kerap menteri PH-BN turun padang agih bantuan

- Advertisement -

ALOR SETAR: Selepas Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan calon PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kerana didakwa berlaku sogokan pengundi, sebaliknya menteri kerajaan PH-BN semakin kerap turun padang.

- Advertisement -

Menteri dilihat rancak turun padang menyampaikan bantuan segera kepada rakyat.

Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) DUN Alor Mengkudu, Muhamad Radhi Mat Din berkata, baru-baru ini pesawah di DUN berkenaan menerima sumbangan daripada seorang menteri pada majlis yang diadakan di MADA.

Katanya menteri kerajaan PH-BN seperti tidak menghiraukan kes yang berlaku di Parlimen Terengganu, sebaliknya mereka semakin rancak turun padang.

“Mereka turun atas platform kerajaan, beri sumbangan kepada petani. Kalau kita sebut rasuah pilihan raya, depa kata itu peruntukan kerajaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Malah baru-baru ini ketika datang ke Terengganu Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan kepada pertubuhan belia ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sebaliknya Suruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor menganggap sebagai peruntukan kerajaan, bukan rasuah pilihan raya.

“Sepatutnya dalam tempoh ini (pilihan raya) apa pun peruntukan dan bantuan, tak kira dari kerajaan atau mana-mana pihak, kira rasuah pilihan rayalah.

“SPRM sebut peruntukan kerajaan boleh, sedangkan kes petisyen pilihan raya di parlimen Kuala Terengganu juga berkaitan peruntukan kerajaan negeri disalur kepada penduduk,” katanya.

Menurutnya sikap seperti itulah yang membuatkan rakyat semakin muak sehingga ramai beralih sokongan terhadap PN termasuk penyokong Umno.

Kata beliau ketika turun padang ramai penduduk meluahkan tidak puas hati terhadap kerajaan PH-BN sekarang terutamanya janji ketika kempen PRU15 tidak dilaksanakan sampai sekarang.

Pada PRN kali ini Radhi ditentang bekas ahli parlimen Pokok Sena Dato’ Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu. – HARAKAHDAILY 4/8/2023

- Advertisement -