Ustaz Fattah calon pilihan ‘orang Bagan Pinang’

- Advertisement -

PORT DICKSON: Digelar ‘Tuan Guru’ dalam kalangan anggota tentera, Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Ustaz Fattah Zakaria, sangat dikenali dalam kalangan masyarakat di sini.

Menetap di Port Dickson sejak 26 tahun lalu, mantan Pegawai Agama Kor Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) ini mahu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat di kawasan ini.

- Advertisement -

Pengalaman lama dengan berbelas jawatan dalam organisasi masyarakat, Ustaz Fattah sangat dikenali dengan sikap tidak banyak cakap tapi bekerja untuk masyarakat.

Aktif di surau dan masjid, dalam NGO dan juga persatuan rakyat, Ustaz Fattah disifatkan calon yang menjadi pilihan ketika calon BN, Najib Tan Sri Isa berdepan protes dalaman UMNO dan BN di kawasan ini kerana dilihat sebagai calon ‘anak papa’ juga calon anak beranak di mana isteri Tan Sri Isa Samad, Bibi Sharliza Mohd Khalid juga bertanding di DUN Juasseh.

“Saya akan beri khidmat terbaik kepada masyarakat di Bagan Pinang insya-Allah jika saya dipilih selaku wakil rakyat di sini,” kata beliau semasa sesi sembang santai sebelum penamaan calon.

Proses penamaan calon sedang berjalan dimana kelihatan hanya dua pihak menghantar pencalonan setakat pagi ini iaitu wakil Perikatan Nasional dan PH-BN.

Proses penamaan calon baru bermula di Politeknik Port Dickson dengan penyokong kedua-dua pihak berkumpul di kiri dan kanan pintu hadapan Politeknik Port Dickson.

Perarakan calon PN diketuai Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Bakri Jamaluddin bersama ratusan penyokong PN. – HARAKAHDAILY 29/7/2023

- Advertisement -