
KOTA BHARU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Zameri Mat Nawang; Yusri Che Noh dari Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dan calon bebas, Zulkarnain Haron.
Perkara itu diumumkan Pengurus Pilihanraya DUN tersebut, Nik Mahmud Nik Jaffar.
Di DUN Tawang, calon PN yang diwakili Harun Ismail menyerah borang pencalonan pada jam 9.05 pagi. Che Mat Isa Che Dir dari PH-BN pula menyerah borang pencalonan pada jam 9.14 pagi.
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN tersebut, Zulkarnean Isa.
Pengurus Pilihan Raya DUN Pantai Irama, Azi Rahimee Mohamed, pula mengumumkan pertandingan dua penjuru di DUN terbabit, iaitu penyandang Mohd Huzaimy Che Husin dari PN ditentang Zakiah Md Noor dari PH-BN.
Ketiga-tiga calon PAS yang mewakili PN di DUN Parlimen Bachok, tiba di pekarangan tempat penamaan calon jam 8.30 pagi dengan diiringi perarakan penyokong.

Sementara itu, ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Kubang Kerian menyaksikan pertembungan dua penjuru antara PN dan PH-BN.
Di DUN Salor, calon PN diwakili Saizol Ismail, 43, yang berdepan calon PH-BN, Mohamad Husain, 40.
DUN Pasir Tumboh pula, penyandang dari PN, Abdul Rahman Yunus, 60, ditentang Naziratul Aini Muhd Sayuty, 34, dari PH-BN.
Di DUN Demit, calon PN iaitu bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud, 46, ditentang Dato’ Ismail Ghani, 69, mewakili PH-BN.
Proses penamaan calon di Kompleks Balai Islam Lundang selesai kira-kira jam 10.30 pagi. – HARAKAHDAILY 29/7/2023











