Bekas CEO Harakah pertahan Dun Gual Periok

Kamaruzaman Mohamad (depan) bertanding di Gual Periuk.
- Advertisement -

RANTAU PANJANG: Ribuan penyokong PERIKATAN NASIONAL (PN) hadir memberi sokongan sambil melaungkan takbir mengiringi calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi DUN Apam Putra, Gual Periok dan Chetok Di Parlimen Rantau Panjang.

Kesemua calon PN, iaitu Zuraidin Abdullah (Chetok), Kamaruzaman Mohamad (Gual Periuk) dan Zamakhsari Muhamad (Apam Putra) tiba di Komplek Utama Dewan Apam Putra, dekat sini jam 8.35 pagi.

- Advertisement -

Kamaruzaman merupakan bekas Ketua Penerangan PAS Pusat menggantikan Dato’ Mohamad Awang bagi mempertahankan Dun Gual Periok pada PRN kali ini.

Beliau merupakan anak tempatan dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) akhbar Harakah dikenali masyarakat tempatan sebagai seorang ahli perniagaan berjaya.

Calon PERIKATAN NASIONAL Tumpat mengetuai perarakan

Manakala di Tumpat, dua calon PN tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Biji Wangsa Tumpat pada jam 8.38 pagi.

Calon terbabit iaitu Mohd Adanan Hassan bagi DUN Kelaboran dan Wan Roslan Wan Hamat (Pengkalan Kubor).

Dua lagi calon iaitu Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob (Pasir Pekan) dan Mohd Rusli Abdullah (Wakaf Bharu) menyerah borang pencalonan di Dewan Haji Adam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah Pasir Pekan.

Pada PRN kali ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan bagi kawasan parlimen yang mempunyai empat DUN disediakan pusat penamaan calon di lokasi berbeza.

Situasi serupa juga berlaku di Parlimen Kuala Krai dan Pasir Puteh yang juga terdapat empat DUNdi satu parlimen. – HARAKAHDAILY 29/7/2023

- Advertisement -