Payang Walk tarikan baharu di Kuala Terengganu

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menaiki beca sempena majlis perasmian Payang Walk dan Laluan Ebeca.
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Pembukaan Payang Walk dan Laluan Ebeca akan menjadi tarikan terbaharu di di bandar raya ini.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah merasmikan pembukaannya, malam tadi.

Menurutnya, program itu dianjurkan bagi menggerakkan sektor pelancongan sebagai ekonomi daerah di samping membantu kira-kira 400 usahawan kecil termasuk pengusaha beca.

Beliau berharap semoga usaha kerajaan negeri bersama Majlis Bansaraya Kuala Terengganu itu dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini sekali gus membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Pada majlis perasmian itu, pengunjung turut disajikan dengan persembahan kebudayaan di samping pelbagai jualan produk termasuk makanan tradisional.

Dengan pembukaan Payang Walk dan Laluan Ebeca itu, berkuatkuasa setiap hari Jumaat, tiga jalan utama iaitu Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Bandar dan Jalan Kampung Cina akan ditutup kepada semua kenderaan bermotor selama sembilan jam bermula 3 petang sehingga 12 tengah malam.

Pengunjung hanya dibenarkan menaiki beca untuk membeli belah di sepanjang pinggiran Payang Walk. – HARAKAHDAILY 22/7/2023

- Advertisement -