PH di Selangor makin terjejas selepas Sanusi ditahan

Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
- Advertisement -

SIK: “Dua hari lepas, saya bertemu dengan orang kuat Umno di Putrajaya, sambil-sambil minum saya tanya macam mana pandangan dia dengan isu yang berlaku terhadap Menteri Besar Kedah.

- Advertisement -

“Dia kata dulu sebelum tangkapan Sanusi, mereka letak harapan 50-50 untuk PH-BN bertahan di Selangor tetapi lepas Sanusi kena tangkap macam tak dak harapan langsung,” kata Timbalan Presiden PAS.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penahanan dan pendakwaan ke atas Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor melonjakkan lagi penerimaan rakyat terhadap PERIKATAN NASIONAL (PN).

Malah dalam nada bergurau beliau mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Sanusi atas peristiwa penahanan awal pagi tersebut mampu menjulang lagi PN.

“Serangan bertalu-talu dilakukan Kerajaan Madani terhadap Menteri Besar disebabkan kehebatannya mengemudi Kedah di landasan yang betul.

“Mereka menyerang Dato’ Seri Sanusi, bukan seorang dua anggota kabinet, saya tengok keadaan di Kelantan lebih rileks, Terengganu lagi rileks pada pilihan raya kali ini.

“Pasal semua peluru tuju ke Sanusi, kenapa? Kerana kehebatan beliau. Kerana apa yang dibawanya dirasai denyut nadi rakyat.

“Yang dibawa ialah perkara yang rakyat Kedah nak selama ini. Betul tak?,” katanya pada Taujihad Pimpinan sempena Munajat Perdana Mohon Keamanan dan Menentang Kezaliman di Dewan Al-Hana, di sini malam tadi.

Menurutnya juga berdasar perkembangan itu tidak mustahil keenam-enam negeri akan dikuasai PN pada 12 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 21/7/2023

- Advertisement -