Abang Sanusi bekerja penyelam dasar laut di luar negara

- Advertisement -

SIK: “Saya bina rumah hasil titik peluh saya bekerja sebagai penyelam dasar laut di luar negara sejak 27 tahun lalu,” kata pemilik rumah banglo Shabudin Md Noor, 57.

- Advertisement -

Beliau yang juga abang kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dibina pada Februari tahun lalu dengan anggaran harga asal kontraktor RM800,000.

“Saya sebenarnya tidak tahu pun kediaman saya ditular kerana saya tak ada akaun media sosial dan hanya tahu setelah dimaklumkan oleh anak-anak dan rakan-rakan.

“Rumah saya tidaklah sebesar mana, ada lagi banglo penduduk Sik yang lebih besar. Tapi mungkin sebab saya abang kepada Menteri Besar, mereka tularkan.

“Semua ni bagi saya hanyalah bermotifkan politik,” katanya kepada media semalam.

Baru-baru ini pemimpin PKR Fahmi Fadzil mencabar Sanusi mengisytihkar harta untuk membuktikan banglo berkenaan bukan miliknya.

Shabudin juga berkata, beliau mula bertugas penyelam dasar laut di luar negara sebaik sahaja tamat berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Sebenarnya saya tak kisah dengan apa yang ditularkan di media sosial, cuma keluarga dan anak-anak kurang selesa. Kita hanya hidup sementara di dunia, tiada apa yang kekal,” katanya.

Beliau turut menafikan rumahnya yang terletak di Kampung Batu Lapan bernilai RM7.4 juta seperti didakwa pihak tertentu. – HARAKAHDAILY 15/7/2023

- Advertisement -