
Bekas penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar kekal dalam rawatan rapi, tetapi stabil dan tidak lagi berada dalam keadaan bahaya selepas mengalami pendarahan otak, minggu lalu.
Isterinya, Annemarie mengesahkan keadaan terkini kesihatan suaminya, semalam.
Van der Sar dimasukkan ke hospital di Split pada Jumaat lalu semasa bercuti di Croatia.
“Edwin masih dalam unit rawatan rapi, tetapi stabil. Dia tidak lagi berada dalam keadaan bahaya yang mengancam nyawa,” Annemarie dipetik sebagai berkata oleh Ajax Amsterdam, kelab yang Van der Sar menjadi pengarah sehingga baru-baru ini.
“Setiap kali kami melawatnya, dia berkomunikasi. Kami perlu menunggu dengan sabar untuk melihat keadaan seterus dirinya.”
Van der Sar, 52, bermain di Old Trafford selama enam tahun sebelum meninggalkan Manchester United pada 2011. Dia meninggalkan Ajax sebelum akhir musim lalu apabila kelab itu menduduki tempat ketiga dalam liga Belanda dan terlepas bertanding di Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2009. – REUTERS











