Rakyat boleh nilai era PH, PN tadbir Kedah

Dato' Wan Romani Wan Salim
- Advertisement -

ALOR SETAR: Rakyat Kedah boleh menilai sejauh mana kemampuan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika diberi peluang menerajui negeri itu selama 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

- Advertisement -

Anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Wan Romani Wan Salim berkata, rakyat Kedah pun boleh menilai perbezaan Kedah diterajui PH dan PERIKATAN NASIONAL (PN) sekarang.

“Terdapat perbezaan yang jelas antara dua era tersebut, antaranya kerajaan PN Kedah berjaya melaksanakan program kebajikan untuk rakyat,” katanya di sini. 

Selain itu pada suku kedua tahun lepas Kedah mencatatkan pelaburan bernilai RM20 bilion dan merupakan tertinggi di Malaysia ketika itu.

Jumlah tersebut mengatasi sasaran sebanyak RM10 bilion yang ditetapkan kerajaan negeri sepanjang tahun lepas.

Wan Romani yang juga Yang Dipertua PAS Pokok Sena berkata, berdasar perkembangan itu peluang PH biarpun dibantu Umno untuk kembali menguasai negeri itu semakin samar.

Malah katanya jentera PAS dan PN berada di tahap tertinggi untuk mempertahankan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Wan Romani juga berkata, sepatutnya pemimpin PH yang menyenaraikan 16 kerusi disasar bagi memberi keyakinan kepada orang ramai dan bukan sekadar menyebut tanpa fakta.

“Malah gerak kerja PAS bukan sahaja baharu bermula sebaliknya digembleng sebelum berlangsung PRU15, November tahun lalu,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 12/7/2023

- Advertisement -