Kajian dapati pengundi muda bersama PN

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Seramai 9,773,571 pemilih akan menentukan hayat kerajaan yang mentadbir enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRK) ke-15 pada 8 Ogos ini.

- Advertisement -

Mereka terdiri daripada 9,674,456 orang pengundi biasa, 49,660 anggota tentera serta pasangan, 47,728 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 1,727 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Jumlah pengundi terbabit berdasar Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRU DUN Ke-15 dijadual akan mulai dijual pada 17 Julai ini.

DPPR yang akan digunakan untuk PRU DUN Ke-15 adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2023 yang dikemaskini sehingga 21 Jun 2023.

Pengundi juga boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my.

Atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018/7218/7124 atau melalui aplikasi MySPR Semak. Semakan boleh dibuat juga mulai 17 Julai 2023.

SPR turut menawarkan kepada mana-mana agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), mana-mana badan yang berminat bertindak sebagai pemerhati pilihan raya bagi melihat perjalanan proses PRU DUN Ke-15.

Ia bermula pada hari penamaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, mereka dibenarkan untuk membuat pemerhatian seperti di Pusat Penamaan Calon (PPC), pusat-pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU).

“Mereka perlu mematuhi kesemua syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan oleh SPR,” katanya pada sidang media hari ini.

Manakala dalam perkembangan berkaitan Wacana Sinar Siri 404 malam tadi mendedahkan kajian atas talian mendapati kecederungan pengundi anak muda mengundi pada PRN kali masih berkiblat kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) iaitu 63 peratus.

Parti gabungan PH-BN pula mendapat sokongan 28 peratus, Muda (2 peratus) dan tidak minat mengundi (7 peratus).

Wacana itu membincangkan tajuk ‘PRN: Adakah Bom Jangka Kedua?’ menampilkan Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Selain itu Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam serta aktivis Bersatu Badrul Hisham Shaharin sebagai panelis. – HARAKAHDAILY 5/7/2023

- Advertisement -