Neymar didenda AS$3.33 juta

- Advertisement -

Bintang bola sepak Brazil, Neymar didenda 16 juta Reais (AS$3.33 juta) kerana melanggar peraturan alam sekitar ketika pembinaan rumah agam pantainya di tenggara Brazil.

Projek mewah itu melanggar peraturan berhubung penggunaan dan pergerakan sumber air tawar, batu dan pasir, yang kali pertama didakwa pihak berkuasa tempatan, akhir bulan lalu dan disahkan semalam.

- Advertisement -

Kediamannya terletak di bandar Mangaratiba di pantai selatan negeri Rio de Janeiro.

Pihak berkuasa alam sekitar Mangaratiba dalam satu kenyataan semalam, menyatakan bahawa pelanggaran alam sekitar dilakukan “dalam pembinaan tasik buatan di rumah agam itu.”

Selain denda, kes itu akan disiasat oleh pejabat peguam negara tempatan, polis negeri dan pejabat perlindungan alam sekitar, antara agens kawalan alam sekitar Mangaratiba. – REUTERS

- Advertisement -