
ADALAH saya, setelah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bagi memohon ampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu Bagi Penggal Yang Ke Empat Belas.
Bahawasanya, menurut Fasal 44 (2) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) memperuntukkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku boleh memberhenti atau membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Maka oleh yang demikian, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dalam menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Fasal 44 (2) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) telah mengampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada hari Rabu 09 Zulhijjah 1444H bersamaan 28 Jun 2023.
Sekian, terima kasih.
DATO’ SERI DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu
08 Zulhijjah 1444H
27 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 27/6/2023











