
TERENGGANU Agrotech Development Corp (TADC) Sdn Bhd ialah sebuah anak syarikat kerajaan negeri berorientasikan pertanian.
Semasa saya dilantik sebagai Pengerusi TADC pada Oktober 2018, prestasi syarikat berada dalam keadaan yang amat teruk.
Syarikat berada dalam keadaan kod warna biru dan sedia untuk digulung. Tapi oleh kerana syarikat ada beban hutang sebanyak RM8 juta maka kalau gulung siapa nak ambil alih tanggung semua hutang-hutang ini?
Pekerja yang ada tak sampai 15 orang. Gaji bulanan pekerja hampir tak dapat nak dibayar.
Saya masuk sebagai pengerusi tanpa ambil sebarang gaji dan elaun serta tanpa apa-apa kemudahan sebagai Pengerusi GLC. Biarlah anak-anak buah dapat gaji dulu. Kita dah ada gaji dan elaun lain, cukup sekadar untuk nak belanja air di kedai kopi.
Antara aktiviti ekonomi TADC yang ada ketika itu ialah Ladang Napier di Kuala Ping seluas 50 ekar tetapi yang boleh ambil hasil hanyalah 10 ekar sahaja.
Sebab apa tak boleh usahakan sepenuhnya 50 ekar? Sebabnya kerana pekerja hanya tebang napier guna parang kemudian masukkan dalam mesin choper sebesar mesin air tebu untuk hasilkan silaj. Ini sahaja cara kerja sebuah GLC negeri?
Bila masuk saya, kami usahakan untuk beli sebuah napier harvester, barulah nampak bersungguh nak buat kerja. Tebang napier guna parang ini level kerja orang kampung yang tanam setengah ekar napier belakang rumah. Tapi setakat itu sahaja yang Pengerusi TADC daripada Umno sebelum ini mampu fikir.
Sekarang TADC ada 400 ekar ladang napier yang diuruskan secara moden di Setia Jaya Merang, Setiu. Saya tulis perbandingan satu-satu. Lepas ini kita hurai projek lain pula.
Secara lukisannya, dalam jadual di bawah ialah senarai projek-projek yang melibatkan TADC sama ada secara usahasama atau diuruskan TADC sepenuhnya.
Tak pelik kalau saya maklumkan, TADC sekarang ada lebih 100 orang pekerja dari jumlah asal tak sampai 15 orang dulu. Kod warna pun dah bertukar dari biru kepada merah dan sekarang kuning menghampiri hijau.
Peluang ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat yang dihasilkan dari projek-projek ini agak panjang kalau nak disenaraikan. Panggil tak dengar kalau nak banding dengan kerja kamu buat majlis pecah tanah bandar baru Jabi menjelang PRU 2018 kononnya untuk memajukan ekonomi setempat sedangkan fail pun tak buka lagi!
DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa. Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu
Adun Jabi – HARAKAHDAILY 26/6/2023












