PN umum bertanding semua 245 kerusi DUN di enam PRN

- Advertisement -

MAJLIS Presiden PERIKATAN NASIONAL (PN) yang telah bermesyuarat pada hari ini 22 Jun 2023, telah memuktamadkan rundingan kerusi untuk Pilihan Raya Umum Negeri bagi 6 negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

PERIKATAN NASIONAL akan bertanding di semua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri yang bakal dipertandingkan iaitu sebanyak 36 kerusi di Kedah, 45 kerusi di Kelantan, 32 kerusi di Terengganu, 40 kerusi di Pulau Pinang, 56 kerusi di Selangor dan 36 kerusi di Negeri Sembilan.

 Jumlah kerusi yang bakal ditandingi oleh BERSATU ialah 83 kerusi, PAS 126 kerusi dan GERAKAN 36 kerusi. 

Jumlah kerusi baharu bukan incumbent yang bakal ditandingi oleh Anggota Parti PERIKATAN NASIONAL iaitu BERSATU sejumlah 64 kerusi, PAS sejumlah 50 kerusi, dan Gerakan sejumlah 36 kerusi. 

PERIKATAN NASIONAL ingin memaklumkan Jentera Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL di peringkat Negeri-negeri ketika ini adalah di tahap tertinggi dan komited dalam gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri dalam mempertahankan 3 negeri (Kelantan, Terengganu, Kedah) dan menawan 3 negeri (Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan). 

PERIKATAN NASIONAL komited untuk menjunjung keluhuran Perlembagaan, membela kebajikan rakyat dan memacu kemajuan ekonomi menerusi pembentukan kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil. 

PARTI PERIKATAN NASIONAL
22 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 22/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -