Air berat buatan Iran jadi ‘buruan’ dunia

Behrouz Kamanvandi
- Advertisement -

TEHRAN: Banyak pelanggan sedang mencari air berat buatan Iran dan kebanyakan negara dunia sanggup beratur untuk membeli produk itu, menurut jurucakap Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI), Behrouz Kamanvandi, lapor Agensi Berita IRNA.

- Advertisement -

Beliau membuat kenyataan itu semasa bercakap kepada pemberita selepas pertemuan antara saintis nuklear Iran dan pegawai yang berlangsung di luar lawatan oleh Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei ke pameran mengenai pencapaian nuklear terbaru Iran di Tehran.

Mengenai rundingan pembelian air berat Iran, beliau berkata pelanggan mencadangkan ia dijual lebih US$1,000 seliter.

Pegawai itu juga menyatakan bahawa, penghasilan 20 peratus bahan api tulen dan derivatif air berat dan farmaseutikal nuklear yang lebih cekap daripada ubat lain menunjukkan Iran mendahului dalam teknologi nuklear. – BERNAMA-IRNA

- Advertisement -