Peruntukan: PMX juga perlu ambil iktibar titah Tuanku

- Advertisement -

KERAJAAN PH-BN pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim diminta mengambil panduan dan semangat dari titah Pemangku Raja Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah agar wakil rakyat pembangkang juga diberi peruntukan yang adil.

Ini merujuk kepada titah Baginda dalam Sidang Dewan Negeri Pahang bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua yang berlangsung baru-baru ini.

DYMM Tengku Hassanal dalam titah Baginda menyatakan bahawa dalam tempoh 66 tahun ini sepatutnya semua pihak telah matang dan menjadi kerajaan yang meraikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.

Tindakan mengenepikan peruntukan buat wakil rakyat pembangkang oleh kerajaan Perdana Menteri ke-10 (PMX) selama ini hanya mengulangi skrip politik dendam kesumat dan ianya amat bertentangan dengan agenda yang pernah PMX perjuangkan semasa menjadi Ketua Pembangkang.

Kami mengulangi gesaan ini kerana kepentingan rakyat perlu diutamakan, bukan hanya survival politik yang menafikan hak wakil rakyat pembangkang yang sah dipilih oleh rakyat. Peruntukan juga perlulah diberikan tanpa syarat. Hormatilah pilihan rakyat.

“Malaysia Sejahtera”

YB Ir. Ts. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat 
Ahli Parlimen Jerantut – HARAKAHDAILY 10/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -