
KOTA BHARU: Sebagai menghargai peranan dan jasa golongan wanita, kerajaan negeri akan menganjurkan Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah 2023 bermula 29 Mei hingga 1 Jun.
Pada program itu akan diadakan majlis penyampaian tokoh kepada wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang.
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, anugerah terbabit iaitu Tokoh Sayyidatina Khadijah Khuwailid (keusahawanan), Tokoh Sayyidatina Aisyah Abu Bakar (pendidikan), Tokoh Aminah Abd Wahab (armalah).
Anugerah Khas Wanita Bukan Islam turut diadakan tahun ini selepas ia mula diperkenalkan tahun lalu.
“Selain itu tujuh ikon wanita turut dikemukakan dan ia terbuka untuk wanita Kelantan berumur 39 tahun ke atas untuk kategori Ikon Kesenian, Ikon Sukan dan Ikon Inovatif,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hari Sayyidatina Khadijah 2023 akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.
Program itu dikendalikan Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita bagi meraikan golongan wanita yang berjaya sepanjang pentadbiran kerajaan negeri 33 tahun.
Temanya ‘Membugar Identiti Muslimah Sejati’. Program tersebut akan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob. – HARAKAHDAILY 3/5/2023











