
SEOUL: Bank Pusat Korea Selatan dan Indonesia menandatangani memorandum persefahaman untuk bekerjasama mempromosikan penggunaan mata wang masing-masing untuk transaksi dua hala.
Ini meliputi urus niaga akaun semasa dan pelaburan langsung.
- Advertisement -
Kerjasama itu akan membantu perniagaan mengurangkan kos urus niaga dan pendedahan kepada risiko kadar pertukaran dengan membolehkan sebut harga kadar pertukaran langsung antara Won Korea Selatan dan Rupiah Indonesia dalam dagangan antara bank.
Perjanjian itu ditandatangani oleh gabenor bank pusat kedua-dua negara sebagai agenda sampingan ketika Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN + 3 di Incheon, Korea Selatan. – REUTERS











