Kelantan rai kepulangan perantau 2 Syawal

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan meraikan anak-anak Kelantan di perantau yang pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

- Advertisement -

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta, Dato’ Nassuruddin Daud berkata, program tersebut akan diadakan pada Hari Raya kedua bertempat di Kompleks Balai Islam Lundang.

Oleh itu katanya kerajaan negeri menjemput semua anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya di kampung bersama keluarga hadir beramai-ramai pada program tersebut.

“Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dijangka hadir pada program terbabit,” katanya di sini.

Menurutnya pimpinan kerajaan negeri sentiasa meraikan perantau pada program tahunan tersebut yang diadakan setiap Syawal.

Kata beliau melalui program berkenaan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan pemimpin kerajaan negeri dengan perantau yang berada di seluruh negara.

Malah baru-baru ini kerajaan negeri meraikan perantau pada majlis iftar yang diadakan di Bandar Baru Bangi, Selangor. – HARAKAHDAILY 19/4/2023

- Advertisement -