
ISU ATM nampaknya telah memihak kepada YB Besut.
Mungkin orang di bandar atau pinggir bandar berasa kecil perihal ATM. Tapi bagi orang luar bandar ianya isu besar.
Hinggakan dijadikan salah satu tuntutan mereka kepada calon dalam PRU.
Maka dapat kepada PH-Umno dibuat isu nasional. Walhal itu adalah keperluan penduduk setempat.
Dalam ramai netizen membuli YB Besut, sokongan warga Besut kepada beliau semakin mengukuh.
‘Harap ke YB Umno atau PH, bertahun tak leh ATM’.
Begitulah juga isu YB-YB PAS update berkenaan aktiviti ziarah kematian, penuhi jemputan kahwin dan hal-hal remeh bagi mereka di bandar.
Tapi aktiviti inilah yang mencengkam kukuh sokongan dalam kelompok luar bandar.
Puak PH-Umno duk perli-perli tak reti lagi.
Umno sepatutnya lebih faham, depa balik kawasan pun pakai kopiah putih, pakai jubah pi surau.
Tapi sekarang nampak terikut-ikut dengan permainan PH. Umno dah tak nak sokongan orang luar bandar ke macam mana.
AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 12/4/2023




















