
PH-BN yang ‘bernikah’ tanpa rasa malu pada Disember lalu kini sedang menanggung kesan yang berpanjangan.
Kerana itu, Anwar sejak awal lagi sudah terpaksa mengikat janji melalui MoU yang ditandatangani pemimpin-pemimpin parti bagi memastikan beliau kekal berkuasa.
Segala jalan termasuk melanggar Perlembagaan parti Umno, menyalahguna kuasa dan memecat pimpinan parti dibuat untuk menampung kerosakan mereka.
Setelah hampir 4 bulan menjadi kerajaan, krisis politik PH-BN semakin jelas kelihatan.
Segala dasar dan inisiatif yang digerakkan kerajaan setakat ini semuanya berakhir dengan kemarahan dan kritikan daripada rakyat, pihak pembangkang mahupun ahli akademik serta golongan profesional.
Perbahasan di Dewan Rakyat juga menjadi saksi apabila Ahli Parlimen blok kerajaan turut menempelak perjalanan kerajaan ini.
Kerajaan Anwar-Zahid tidak lagi mampu menyembunyikan ketidakstabilan politik yang berlaku. Dalaman mereka berpecah, luaran mereka menanti belah.
Mungkin sebab inilah Menteri-menteri PH-BN bertindak seperti tidak boleh disentuh langsung. Mungkin mereka juga sudah mula rasa terancam dengan kerajaan mereka sendiri.
Jika kesepakatan sesama parti komponen pun gagal diurus, apatah lagi untuk mengurus negara.
Walaupun kerosakan kerajaan ini cuba ditutup dengan memburukkan imej pembangkang melalui tuduhan tidak berasas, namun segala usaha mereka menemui jalan buntu kerana PERIKATAN NASIONAL sehingga sekarang konsisten membuktikan slogan Bersih dan Stabil.
Kesepakatan Ahli Parlimen pembangkang dalam menjadi semak dan imbang kerajaan diikuti dengan pencapaian negeri-negeri PN adalah hasil kestabilan politik PN yang tidak dapat ditemui di dalam PH-BN.
Rakyat pastinya cukup bijak untuk menilai serta membuat pilihan gabungan politik manakah yang lebih menjamin kestabilan buat negara.
USTAZ MAHFUZ ROSLAN
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan – HARAKAHDAILY 5/4/2023











