
MESYUARAT Agung PAS Kawasan Alor Setar yang berlangsung pada hari ini 11 Mac 2023 di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Ulum, Tandop, Alor Setar, sebulat suara menyatakan pendirian untuk berdiri teguh di belakang Menteri Besar Kedah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor berhubung 3 isu berikut:
1. Isu tuntutan bayaran sumber air.
Mempertahankan pendirian bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membayar sumber air yang diambil daripada Hutan Simpan Ulu Muda kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, seperti yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Kedah sehingga kini;
2. Isu pajakan Negeri Pulau Pinang.
Mempertahankan pendirian bahawa Negeri Pulau Pinang adalah pajakan daripada Negeri Kedah dan Kerajaan Persekutuan perlu meningkatkan bayaran pampasan kepada Kerajaan Negeri Kedah dari RM Sepuluh Juta Sepuluh Ribu setahun kepada RM Seratus Juta setahun;
3. Isu rancangan membina Lapangan Terbang Kulim atau Kedah Aeorotropolis.
Mempertahan pendirian bahawa projek Kedah Aerotropolis adalah projek yang melengkapi kewujudan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, telah mendapat kelulusan dasar daripada Majlis Perancang Fizikal Negara pada tahun 2020, dan memenuhi keperluan ekonomi Negeri Kedah untuk tempoh 5-10 tahun akan datang.
Justeru, projek ini tidak patut dihalang bahkan perlu disokong dan diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Sekian, terima kasih.
YB AFNAN HAMIMI DATO’ HAJI TAIB AZAMUDDEN
Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Setar
Sesi 2023-2025
11 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 11/3/2023











