PAS Selangor nyatakan solidariti kepada Muhyiddin

Roslan Shahir
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Selangor menyatakan solidariti ke atas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa di mahkamah pagi ini berkaitan isu-isu yang melibatkan peniaga Melayu dan Bumiputera melalui inisiatif Jana Wibawa dan pengecualian cukai khas terhadap Yayasan Al-Bukhary.

- Advertisement -

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pendakwaan itu dilihat dilakukan secara tergesa-gesa selari dengan naratif “hoi ya hoi di sebelah sana” yang sentiasa dimainkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2023.

Ini, ujarnya dengan tujuan utama untuk mengekang suara oposisi dan menjejaskan reputasi PERIKATAN NASIONAL sebelum pilihan raya negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“PAS Selangor mendukung prinsip kedaulatan undang-undang negara dan yakin bahawa pihak berwajib berhak menyiasat mengikut undang-undang negara, namun kuasa tersebut mesti dilaksanakan dengan suci hati dan hanya dalam kes tulen (collateral purposes) bukannya berpilih-pilih atas agenda dan kepentingan politik,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan, PAS dan rakan-rakannya di Selangor komited mendukung budaya politik matang dan sejahtera.

Tambahnya, PAS Selangor akan terus membela golongan yang dizalimi tanpa mengira ras dan agama. – HARAKAHDAILY 10/3/2023

- Advertisement -